Pages

Saturday, May 7, 2011

PERAK LEAGUE 2011


Dengan 200% komitmen yang diberikan oleh semua, 4 perlawanan Liga Sofbol Perak 2011 diharungi Banshees dengan jaya dan bergayanya. Bukan kacak bergaya atau permainan yang bergaya tetapi bergaya dengan jersey baru masing-masing. Tetapi malangnya beberapa orang pemain tidak dapat merasmikan kasut baru mereka, kerana kasut yang di order masih berada di atas kapal, dalam perjalanan ke Malaysia. Next game dapatlah saya upload gambar kasut2 baru mereka di blog ini.
Hari pertama, 1 Mei 2011, jam 1 p.m, Banshees VS Miharja, sebuah pasukan remaja dari Hilir Perak. Kami memenangi perlawanan ini dengan 7 larian berbalas 3. Walaupun kami memenangi perlawanan tersebut, banyak kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan sehingga kami melepaskan 3 larian kepada Miharja. Selesai perlawanan, seperti biasa kami melakukan “cooling down” sambil bertukar-tukar fikiran tentang perlawanan tersebut. Semua pemain perlu menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing untuk memperbaiki strategi permainan kami akan datang. Setelah selesai post game, kami menguruskan peralatan dan menyaksikan 4 pemain Banshees bermain untuk pasukan SUKMA perak iaitu Acap, Own, Ayie, dan Aswad. Selepas selesai perlawanan tersebut kami bergerak pulang ke Felda Lasah menuju ke rumah Amir untuk makan tengah hari di majlis cukur jambul anak saudaranya.

Hari berikutnya kami perlu mengharungi 3 perlawanan. Kami bergerak dari Felda Lasah kira-kira jam 8 pagi menuju ke Taman DR Seenivasagam Ipoh. Kami singgah di sebuah kedai mamak berhampiran untuk bersarapan. Perlawanan pertama hari tersebut ialah Banshees VS Devilz pada pukul 10 a.m. Kami mencapai matlamat dalam perlawanan ini iaitu berjaya mengekang pihak lawan untuk mendapat larian. Banshees memenangi perlawanan ini dengan 9 larian tanpa balas. Selepas cooling down kami berehat seketika sambil mengisi perut dengan sedikit roti, buah pisang dan 100 plus. Game seterusnya ialah Banshees VS Chin Woo. Sebuah pasukan senior dari Negeri Perak, dan hampir kesemuanya merupakan bekas pemain Malaysia. Alhamdulillah berkat usaha kami selama ini kami berjaya menyaingi Chin Woo. Kami diundi sebagai pemadang dalam perlawanan ini. 3 inning yang pertama tiada larian diperolehi oleh kedua-dua pasukan. Sehinggalah pada top inning ke 4, Chin Woo berjaya mendapat 3 larian sekali gus. Pada bottom inning ke 4 juga kami mendapat kelima-lima larian kami. Pada inning ke 5, kami berjaya mengekang Chin Woo untuk menambah larian, dan perlawanan ditamatkan tanpa melengkapkan inning tersebut. Seterusnya kami bertemu SUKMA perak back to back. Namun perlawanan ini tidak dikira di dalam liga Perak kerana pasukan SUKMA ini merupakan gabungan beberapa kelab yang menyertai liga ini. Maka perlawanan dengan SUKMA Peraka merupakan perlawanan persahabatan sahaja. Oleh yang demikian kami menyenaraikan pemain junior untuk menunjukkan bakat yang mereka ada untuk menyaingi pemain senior di dalam senarai 9 pemain utama. Ada di antara mereka yang sangat menyerlah dan boleh diserap ke dalam 9 pemain utama, namu ramai juga yang gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Perlawanan tersebut tidak memihak kepada kami, kami tewas 2-4 kepada pasukan SUKMA Perak.

Selesai minggu pertama Liga Perak 2011. Nantikan rentetan perlawanan seterusnya.

0 comments: