Pages

Saturday, May 7, 2011

PERAK LEAGUE 2011


Dengan 200% komitmen yang diberikan oleh semua, 4 perlawanan Liga Sofbol Perak 2011 diharungi Banshees dengan jaya dan bergayanya. Bukan kacak bergaya atau permainan yang bergaya tetapi bergaya dengan jersey baru masing-masing. Tetapi malangnya beberapa orang pemain tidak dapat merasmikan kasut baru mereka, kerana kasut yang di order masih berada di atas kapal, dalam perjalanan ke Malaysia. Next game dapatlah saya upload gambar kasut2 baru mereka di blog ini.
Hari pertama, 1 Mei 2011, jam 1 p.m, Banshees VS Miharja, sebuah pasukan remaja dari Hilir Perak. Kami memenangi perlawanan ini dengan 7 larian berbalas 3. Walaupun kami memenangi perlawanan tersebut, banyak kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan sehingga kami melepaskan 3 larian kepada Miharja. Selesai perlawanan, seperti biasa kami melakukan “cooling down” sambil bertukar-tukar fikiran tentang perlawanan tersebut. Semua pemain perlu menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing untuk memperbaiki strategi permainan kami akan datang. Setelah selesai post game, kami menguruskan peralatan dan menyaksikan 4 pemain Banshees bermain untuk pasukan SUKMA perak iaitu Acap, Own, Ayie, dan Aswad. Selepas selesai perlawanan tersebut kami bergerak pulang ke Felda Lasah menuju ke rumah Amir untuk makan tengah hari di majlis cukur jambul anak saudaranya.

Hari berikutnya kami perlu mengharungi 3 perlawanan. Kami bergerak dari Felda Lasah kira-kira jam 8 pagi menuju ke Taman DR Seenivasagam Ipoh. Kami singgah di sebuah kedai mamak berhampiran untuk bersarapan. Perlawanan pertama hari tersebut ialah Banshees VS Devilz pada pukul 10 a.m. Kami mencapai matlamat dalam perlawanan ini iaitu berjaya mengekang pihak lawan untuk mendapat larian. Banshees memenangi perlawanan ini dengan 9 larian tanpa balas. Selepas cooling down kami berehat seketika sambil mengisi perut dengan sedikit roti, buah pisang dan 100 plus. Game seterusnya ialah Banshees VS Chin Woo. Sebuah pasukan senior dari Negeri Perak, dan hampir kesemuanya merupakan bekas pemain Malaysia. Alhamdulillah berkat usaha kami selama ini kami berjaya menyaingi Chin Woo. Kami diundi sebagai pemadang dalam perlawanan ini. 3 inning yang pertama tiada larian diperolehi oleh kedua-dua pasukan. Sehinggalah pada top inning ke 4, Chin Woo berjaya mendapat 3 larian sekali gus. Pada bottom inning ke 4 juga kami mendapat kelima-lima larian kami. Pada inning ke 5, kami berjaya mengekang Chin Woo untuk menambah larian, dan perlawanan ditamatkan tanpa melengkapkan inning tersebut. Seterusnya kami bertemu SUKMA perak back to back. Namun perlawanan ini tidak dikira di dalam liga Perak kerana pasukan SUKMA ini merupakan gabungan beberapa kelab yang menyertai liga ini. Maka perlawanan dengan SUKMA Peraka merupakan perlawanan persahabatan sahaja. Oleh yang demikian kami menyenaraikan pemain junior untuk menunjukkan bakat yang mereka ada untuk menyaingi pemain senior di dalam senarai 9 pemain utama. Ada di antara mereka yang sangat menyerlah dan boleh diserap ke dalam 9 pemain utama, namu ramai juga yang gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Perlawanan tersebut tidak memihak kepada kami, kami tewas 2-4 kepada pasukan SUKMA Perak.

Selesai minggu pertama Liga Perak 2011. Nantikan rentetan perlawanan seterusnya.

Friday, April 1, 2011

FIXTURES FOR 6TH PERAK SOFTBALL LEAGUE 2011


10/4/2011
8.30 AM SUKMA V BIG FOOT
10.00 AM ACES V DEVILS
11.30 AM ACES V MIHARJA
1.00 NOON BIG FOOT V MIHARJA
2.30 NOON ACES V SUKMA

1/5/2011
8.30 AM SUKMA V MIHARJA
10.00 AM VIPERS V DEVILS
11.30 AM VIPERS V MIHARJA
1.00 NOON BANSHEES V MIHARJA
2.30 NOON VIPERS V SUKMA

2/5/2011
8.30 AM SUKMA V DEVILS
10.00 AM BANSHEES V DEVILS
11.30 AM SUKMA V CHIN WOO
1.00 NOON CHIN WOO V BANSHEES
2.30 NOON SUKMA V BANSHEES

19/6/2011
8.30 AM BIG FOOT V DEVILS
10.00 AM VIPERS V CHIN WOO
11.30 AM VIPERS V BANSHEES
1.00 NOON CHIN WOO V MIHARJA
2.30 NOON VIPERS V BIG FOOT

26/6/2011
8.30 AM BIG FOOT V BANSHEES
10.00 AM ACES V CHIN WOO
11.30 AM ACES V BANSHEES
1.00 NOON CHIN WOO V DEVILS
2.30 NOON ACES V BIG FOOT

3/7/2011
8.30 AM CHIN WOO V BIG FOOT
10.00 AM VIPERS V ACES
11.30 AM DEVILS V MIHARJA
1.00 NOON FINAL(2ND IN LEAGUE V 3RD IN LEAGUE)
2.30 NOON GRAND FINAL( WINNER OF FINAL V CHAMPION OF LEAGUE)

Saturday, February 19, 2011

WELCOME TO SMK RLKT Lasah


Mulai Januari 2011, Banshees Softball Club akan membuat kutipan wang sebanyak RM5 sebulan, atau RM 60 setahun kepada semua ahli. Wang tersebut akan digunakan untuk menampung pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2011 ini serta digunakan untuk membuat banner di atas. Banner tersebut akan digantung di bangunan sebelah padang di SMK RLKT lasah sebagai tanda terima kasih kita kepada sekolah. Walaubagaimanapun anda boleh menyumbang mengikut kemahuan anda. Berapa juga jumlahnya, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Namun begitu bagi yang menyumbang sebanyak RM 60 dan ke atas, sehelai t-shirt club yang exclusive and limited akan menjadi milik anda. T-shirt tersebut juga boleh di beli dengan harga RM 30 sehelai. Untuk pengetahuan semua, akaun kelab dalam proses pembikinan, buat sementara waktu segala urusan pembayaran boleh la dilakukan dengan menghubungi Abdul Razak-0175633921 (Bendahari Banshees Softball Club) , Mohd Faizal bin Nanyan-016473740 (Naib Bendahari Banshees Softball Club), atau Ahmad Hasan-0195994772 (Pengerusi Banshees Softball Club)

PENANG OPEN 2010-GAMES

Kini bermula la kisah tujuan kami ke penang. Seawal pukul 5pagi semua dah bergegas bangun terutama Hassan yang jadi bapak tiri kejutkan atlet-atlet banshees. Walaupun ada yang liat untuk bangun, kami semua tepat memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi untuk menuju ke destinasi iaitu Penang Free School.LINE UP!


“ Anak ayam mencari makanan , pulang ke reban denagn senyuman, datangnya kami dengan harapan, pulangnya kami denagn kejayaan” bermula la perjuangan pertama kami, sesampai saja di padang masing bersiap dengan ghairah untuk memulakan warm up. Pertemuan pertama kami tepat pukul 9.00 pagi bertemu denagn juara bertahan dan juga sebuah pasukan diantara yang disegani di Negara ini iaitu Foxes Penang. Terasa diri amat kerdil tapi semua itu hilang dengan semangat perjuangan yang membara pada tiap-tiap atlet Banshees. Kami memulakan pertempuran denagn mendahului 4 mata berbalas 2 namun di inning yang terakhir kami terpaksa akur dengan keputusan memihak kepada Foxes. Keputusan muktamad Banshees 4 Foxes 5.BANSHEES VS FOXES


Di sebelah petang kami bertemu pula dengan pasukan dari Kuala Lumpur iaitu Banturaz. Di dalam pasukan ini terdapat “Otai-Otai” yang memang sudah lama berkecimpung dalam sukan softball inil. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat “jembalang” di dalam diri kami tuk bertempur. Pada awalnya kami seakan-akan hilang tumpuan sehingga melakukan banyak kesilapan yang tidak sepatutnya, dengan semangat berpasukan kami membantu sesama sendiri untuk menaikkan kembali tahap permaianan kami sehingga kami berjaya menewaskan Banturaz. Keputusan muktamad Banshees 7 Banturaz 6.BANSHEES VS BANTURAZ

11 disember 2010.Pertemuan kali ini bertemu dengan pasukan yang datang dari Negeri Sembilan iaitu Plegong, merupakan sebuah pasukan yang mempunyai atlet berpengalaman. Namun bergitu kami tetap mempamerkan tahap permainan di class yang tersendiri. Dengan hasil usaha yang bersunguh-sunguh kami Berjaya menewaskan Plegong dengan mata 7 berbalas 2. Walaupun berjaya menewaskan Plegong tetapi perlawanan ini amat mendebarkan kerana 3 pasukan dari kumpulan A masih berpeluang untuk ke separuh akhir iaitu Banshees, Banturaz dan Foxes. Masing-masing tidak senang duduk terutama bila mengtahui Banturaz sedang mendahului Foxes dan mempunyai larian kena kurang dari kami. Tetapi semua telah ditentukan akhirnya kami melangkah ke separuh akhir dengan kiraan larian kena kurang dari Banturaz. Keputusan muktamad Banshees 7 Plegong 2.BANSHEES VS PLEGONG


12 disember 2010
“ Walau segagah tsunami, sebesar gunung, sepantas halilintar, hebatnya lawan. Namun kami sedikit pun tidak gentar. sekali jembalang mengilai tiada apa yang mampu menahannya dari bermaharajalela”. Itulah yang boleh digambarkan diantara pertemuan dua pasukan yang datang dari negeri yang sama iaitu Bigfoot dan Banshees. Dengan status sebagai finalist National Open yang dipegang oleh Bigfoot sedikit pun tidak mematahkan semangt kami. Kami Berjaya mendahului dengan 4 larian berbalas 2. Sehingga diakhir permainan kami terpaksa akur dengan kekalahan 4 berbalas 5. Keputusan muktamad Banshees 4 Bigfoot 5.BANSHEES VS BIGFOOT


Pertemuan untuk tempat ke 3 dan ke 4. Sekali lagi kami terpaksa bertempur denagn sebuah pasukan diantara yang ternama dinegara ini serta mempunyai pemain yang berpengalaman iaitu RED’S. apabila jembalang sudah mengilai segala-gala akan ditentangnya berhabis-habisan. Kekalahan kepada bigfoot tidak mematahkan semangat kami untuk pulang denagn kejayaan. Akhirnya kami Berjaya menumpaskan RED’S dengan mata 9 berbalas 0. Keputusan muktamad Banshees 9 RED’S 0BANSHEES VS REDS

3RD PLACE

Friday, January 14, 2011

PENANG OPEN 2010

"Sekiranya kita gagal merancang, bermakna kita sedang merancang untuk gagal”. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah swt yang maha esa menentukan segalanya. Amat benarlah kata-kata tersebut, rancangan awal kami ke Pulau Pinang untuk menyertai Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang Kali ke-10 adalah dengan berkonvoi menaiki motorsikal. Dengan ketentuan Ilahi, pada pagi waktu kejadian semuanya berkumpul di rumah Mie dengan membawa motokar, kecuali Asan, kerana beliau mempunyai agenda tersendiri. Syukur Alhamdulillah.Breakfast di rumah Zulhaimy 10:04am


Seperti tahun lepas, tahun ini juga kami semua berkumpul dirumah Mie pada pagi Khamis yang gerimis mengundang, 9 Disember sekitar jam 10 pagi. Seperti yang dijanjikan, Mie menyediakan sarapan pagi nasi lemak 50sen beserta kopi ‘O’ power. Majoriti pemain berada ditempat kejadian, Amir yang paling awal hadir, diikuti teman, kemudian Boy, Jai, Juad, Ajak, Syah, Tam, Asan, dan E menyusul dengan penuh bersemangat waja. Jelas sekali keghairahan pemain sofbol sejati terpacar di raut wajah mereka semua.Bergambar di perkarangan halaman rumah Zulhaimy 10:20am Dari kiri; Asan, Boy, Jai, Ajak, Al Fakre, Amir, Mie, Shah, Tam, dan Wan



Selepas kenyang bersarapan dan pekena rokok sebatang, kami 11 orang bersiap sedia untuk bergerak dengan menaiki 3 buah kereta iaitu “Kancil Mantop”, “Toyota Terbaek”, dan “Myvi Tercinta” di Marshallkan sebuah “LC Orange”. Kami bergerak perlahan menuju ke destinasi pertama iaitu Kuala Kangsar Bandar Diraja. Amin menunggu kami di sana bersama “Mitsubishi Cancer” beliau.Al Fakre berkecindan bersama-sama rakan semasa menunggu amin di Kuala Kangsar Bandar Diraja 11:21am


Seterusnya kami menuju ke Kamunting untuk menjemput dua orang lagi pemain iaitu Aswad dan Ayie yang sedang menduduki ujian SPM. Selepas sejam perjalanan kami berhenti seketika di R&R Bukit merah untuk rehat dan rawat apa yang perlu.Mengetea di R&R Bukit Merah 12:45pm



Perjalanan diteruskan setengah jam kemudian menghala ke Simpang Ampat. Kami ke sana untuk mengambil peralatan sofbol yang telah di tempah daripada Ah Bee. Setelah semua urusan di Vipers Trading selesai kami meneruskan perjalanan dibekalkan Aiskrim Kochbi oleh Ah Bee. Kami menuju ke Jeti George Town untuk menjemput seorang lagi pemain iaitu Amirul.Rakan-rakan Banshees sedang asyik memerhati peralatan sofbol di pejabat Ah Bee 2:12pm



Kesibukan di George Town menyukarkan pergerakan kami 3:60pm


Keadaan Trafik yang agak sibuk ketika itu menyebabkan kami sukar mengekori antara satu sama lain, sehingga ada yang tercicir. Ini menyebabkan masa di jalan raya berlarutan ke lewat tengah hari.

Bertukar-tukar pendapat semasa menunggu pintu homestay dibuka 4:37pm


Setelah semuanya selesai kami terus ke destinansi penginapan iaitu Homestay Gertak Sanggul di Teluk Kumbar. Sesampainya kami disana, kami segera mencari tempat untuk melayan tekak dan perut masing-masing. Semua sudah kekurangan tenaga, tetapi masih ceria dan aktif waimma sudah kelaparan dan kepenatan. Mungkin disebabkan sesetengah dari kami yang gemar berkecindan tak kira masa. Hampir setiap masa ada sahaja perkara yang dijadikan bahan ketawa. Walaupun begitu, semuanya dalam kawalan.

Makan tak hingat dunia punya, nak cover balik yang tengah hari punya 9:37

Saturday, October 30, 2010

KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA PULAU PINANG KALI KE-10, 2010


Kelab Sofbol Banshees telah lama bergerak aktif walaupun proses mendaftarnya hanya baru dimulakan pada tahun 2008. Ahli-ahlinya adalah dari kalangan belia Sungai Siput (u) yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah yang aktif dalam sukan ini semasa di alam persekolahan dan minat ini diteruskan selepas tamat persekolahan. Antara kejohanan yang telah disertai kelab ini adalah Liga Sofbol Perak (2007, 2010), Kejohanan Sofbol Jemputan UUM (2006, 2007, dan 2008), Kejohanan Sofbol Jemputan Persatuan Sofbol Pulau Pinang (2007, 2009 - gambar di atas) Kejohanan Sofbol Sukan Perak SUPER ke V (2009), dan Kejohanan Sofbol Terbuka UPSI (2010). Antara pencapaian terbaik pasukan setakat ini ialah, menjadi johan Sukan Perak pada tahun 2009 dengan mewakili Kuala Kangsar, Tempat ke-3 Kejohanan Terbuka UUM 2006, dan naib johan Kejohanan Terbuka UPSI 2010. Pasukan ini masih baru di peringkat senior dan mempunyai masa depan yang sangat cerah. Tambahan pula mendapat sokongan daripada pelbagai pihak tertentu pasti pasukan ini menjadi lebih mantap. Selain daripada menyertai pertandingan, ahli-ahli kelab juga turut membantu perkembangan sukan ini di peringkat sekolah dengan membantu dalam latihan pelajar sekolah dan pengelolaan pertandingan. Lapan dari ahli kelab berkebolehan mengadili pertandingan sofbol dan dua dari mereka mempunyai kelayakkan pengadil peringkat kebangsaan.


Pada 23 Jun 2009 kelab ini secara rasminya didaftarkan dibawah akta pembangunan sukan 1997 dengan nama Kelab Sofbol Banshees. Lantaran daripada itu, semestinya aktiviti kelab menjadi semakin rancak dan lebih bersistematik. Justeru kami merancang untuk menyertai Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang ke -10, 2010. Penyertaan ini merupakan penyertaan kelab kali yang ke -3 semenjak Kejohanan ini di adakan. Semua maklumat kejohanan adalah seperti yang dilampirkan. Kejohanan ini adalah diantara kejohanan yang mendapat sambutan pasukan elit di Malaysia seperti Vipers, Foxes, Aces, dan beberapa pasukan yang lain. Oleh yang demikian penyertaan kami amatlah memberi makna kepada pemain kerana dapat bersaing dengan pemain yang handal dan bertaraf semi profesional. Sayugia, kami mensasarkan berada di kedudukan empat terbaik dalam kejohanan tersebut pada tahun ini. Dalam usaha untuk merelisasikan sasaran tersebut, kelab telah merangka dan sedang menjalankan program latihan yang sistematik.


PENANG SOFTBALL ASSOCIATION,
49, CANGKAT MINDEN JALAN 15,
11700 GELUGOR, PENANG, MALAYSIA.
e-mail: softball_penang_choo@yahoo.com
HP: 019-4231693 TEL: 604-6573145

10th. PENANG OPEN SOFTBALL CHAMPIONSHIP 2010
PLAYERS REGISTRATION FORM

1. NAME OF TEAM : BANSHEES
2. NAME OF TEAM MANAGER : Mohd Hamni Bin Harun
(851130-07-5031)
3. NAME OF COACH 1 : En Adnan bin Mustafa
(710506075533)
4. NAME OF COACH 2 : En Khairulamri bin Sulaiman
(710220-08-6093)

Pitcher
Ahmad Hassan bin Salimi Khoiren
Amir Asayuti bin Yamin
Mohd Khalid Nasrul Afendy Bin Shahar

Catcher
Muhamad Ridzuan bin Mohamad Rawi
Mohd Faizal bin Mohamad Nayan@Romli

1st Baseman
Zulhaimy bin Mohamad Nayan
Mohd Amirul bin Zainal Abidin

2nd Baseman
Kamarulzaman bin Ismail
Saiful Shahrizal bin Abdul Aziz

3rd Baseman
Asyraf bin Suhaimi
Abdul Razak bin Mohamad Rawi

Shortstop
Mohd Al Fakre bin Yaacup
Syahmi Safwan bin Khalaili

Utility Player
Shahrey Ruzainy bin Khalaili
Saiful Zuhri bin Abdul Aziz

Benchwarmers
Muhamad Azrin bin Abu Samah
Muhamad Hafizy bin Mohamad Sabry
Ahmad Faisal bin Mohd Rasli
Muhamad Feridaus bin Yunus
Arik Hendra bin Iman




SUPER 2009




Friday, October 29, 2010

UPSI OPEN 2010

KEPUTUSAN
Johan - Universiti Pendidikan Sultan Idris
Naib johan - Banshees Softball Club
Ke 3 - Politeknik Port Dickson
Ke 4 - Banturaz Softball Club

Banshees Softball Team

PUSUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
1 Banturaz Softball Club - Johan Terbuka Melaka 2009
2 Banshees Softball Club - Johan Sukan Perak 2009
3 Devils Softball Club - ke 3 Sukan Perak 2009
4 UiTM Foxes - Johan Masum 2010
5 UPM - Final Masum 2010
6 UPSI - Johan Terbuka Ipta Universiti Malaya 2010
7 Politeknik Port Dickson - Johan MSP 2009

Banshees Vs Banturaz

KUMPULAN A
Politeknik PD
Banshees
UPM

KUMPULAN B
UPSI
Banturaz
UiTM
Devils

Banshees Who Are

KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA
Politeknik PD 3 VS 8 UPM
UPSI 12 vs 4 UiTM
Banturaz 7 vs 1 Devils
Banshees 13 vs 5 UPM
UPSI 2 vs 3 Banturaz
UiTM 9 vs 3 Devils
UPSI 5 vs 6 Devils
Banturaz 7 vs 3 UiTM
UPM 3 vs 0 Devils

If you cant handle the heat have a seat on the bench!

KUMPULAN S
Banturaz
UPM
Banshees

KUMPULAN X
Politeknik PD
UPSI
UiTM

Run more bases!

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA
Banturaz 3 VS 2 UPM
Politeknik PD 1 vs 3 UPSI
UPSI 11 vs 3 UiTM
Banturaz 3 vs 4 Banshees
Politeknik PD 8 vs 5 UiTM

TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT
Politeknik PD 1 vs 7 Banturaz

AKHIR
Banshees 8 vs 10 UPSI

Our heavy batter!!!

Tuesday, March 16, 2010

JADUAL PERLAWANAN LIGA SOFBOL PERAK KE 5 2010


Nama Pasukan
Banshees Softball Club Sungai Siput (u) Perak
Bigfoot Softball Club Manjung Perak
Chin Woo Softball Club Ipoh Perak
Sting Softball Team SM Teknik Taiping Perak
Junior Devils SMJK Sam Tet Ipoh Perak
Senior Devils SMJK Sam Tet Ipoh Perak
Aces Softball Club Kuala Lumpur
Vipers Softball Club Pulau Pinang

Vanue : Taman Dr Seenivasagam

DATE: 11-4-2010 SUNDAY
TIME GAMES
8.30 AM STING VS SENIOR DEVILS
10.00 AM BIG FOOT VS JUNIOR DEVILS
11.30 AM BANSHEES VS STING
1.00 NOON BIG FOOT V SENIOR DEVILS
2.30 NOON JUNIOR DEVILS V BANSHEES

DATE: 1-5-2010 SATURDAY
TIME GAMES
8.30 AM CHIN WOO V BANSHEES
10.00 AM VIPERS V SENIOR DEVILS
11.30 AM ACES V JUNIOR DEVILS
1.00 NOON VIPERS V CHIN WOO
2.30 NOON ACES V BANSHEES

DATE: 2-5-2010 SUNDAY
TIME GAMES
8.30 AM CHIN WOO V STING
10.00 AM ACES V SENIOR DEVILS
11.30 AM VIPERS V JUNIOR DEVILS
1.00 NOON ACES V CHIN WOO
2.30 NOON VIPERS V BANSHEES


DATE: 4-7-2010 SUNDAY
TIME GAMES
8.30 AM JUNIOR DEVILS V STING
10.00 AM ACES V BIG FOOT
11.30 AM SENIOR DEVILS V BANSHEES
1.00 NOON ACES V STING
2.30 NOON BIG FOOT V STING


DATE: 18-7-2010 SUNDAY
TIME GAMES
8.30 AM BIG FOOT V BANSHEES
10.00 AM VIPERS V STING
11.30 AM CHIN WOO V JUNIOR DEVILS
1.00 NOON VIPERS V BIG FOOT
2.30 NOON CHIN WOO V SENIOR DEVILS


DATE: 22-7-2010 SUNDAY
TIME GAMES
8.30 AM BIG FOOT V CHIN WOO
10.00 AM ACES V VIPERS
11.30 AM SENIOR DEVILS V JUNIOR DEVILS
1.00 NOON FINAL(2ND IN LEAGUE V 3RD IN LEAGUE)
2.30 NOON GRAND FINAL
( WINNER OF FINAL V CHAMPION OF LEAGUE)

5th PERAK SOFTBALL LEAGUE 2010


1. Pendahuluan

Kelab Sofbol Banshees telah lama bergerak aktif walaupun proses mendaftarnya hanya baru dimulakan pada tahun 2008. Ahli-ahlinya adalah dari kalangan belia Sungai Siput (u) yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah yang aktif dalam sukan ini semasa di alam persekolahan dan minat ini diteruskan selepas tamat persekolahan. Antara kejohanan yang telah disertai kelab ini adalah Liga Sofbol Perak (2007), Kejohanan Sofbol Jemputan UUM (2006, 2007, dan 2008), Kejohanan Sofbol Jemputan Persatuan Sofbol Pulau Pinang ke-8 (2007) Kejohanan Sofbol Sukan Perak SUPER ke V (2009) dan yang terbaru ialah Kejohanan Sofbol Terbuka Pulau Pinang ke-9 2009. Kelab ini tidak menyertai Liga Sofbol Perak dua tahun berturut-turut (1998 dan 1999). Selapas mendapat pingat emas dalam Kejohanan Sofbol Sukan Perak pada 2009 penganjur amat mengharap pasukan ini dapat sama-sama bersaing dalam liga pada tahun ini. Ahli-ahli kelab juga turut membantu perkembangan sukan ini di peringkat sekolah dengan membantu dalam latihan pelajar sekolah dan pengelolaan pertandingan. Lapan dari ahli kelab berkebolehan mengadili pertandingan sofbol dan dua dari mereka mempunyai kelayakkan pengadil peringkat kebangsaan.

Pada 23 Jun 2009 kelab ini secara rasminya didaftarkan dibawah akta pembangunan sukan 1997 dengan nama Kelab Sofbol Banshees. Lantaran daripada itu, semestinya aktiviti kelab menjadi semakin rancak dan lebih bersistematik. Sebagai aktiviti pertama kelab pada tahun ini, kami akan menyertai Pertandingan Liga Sofbol Perak ke-5 2010 yang bertempat di Padang Taman Dr Seenivasagam, Ipoh Perak. Semua maklumat Liga adalah seperti yang dilampirkan. Kami mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Liga Sofbol Perak ke-2 2007 dua tahun yang lalu. Diharapkan kami mendapat keputusan yang lebih baik pada liga kali ini, targetnya ialah mendapat 3 tempat teratas. Dalam usaha untuk merelisasikan sasaran tersebut, kelab telah merangka dan sedang menjalankan program latihan yang sistematik.


2. Visi


Mendapat tempat tiga teratas dalam Liga Perak ke-5 2010


3. Matlamat


Melahirkan belia yang berkemahiran tinggi dan dapat bersaing di peringkat negeri dan kebangsaan dalam sukan Sofbol.


4. Objektif


4.1 Mendedahkan ahli kelab kepada perlawanan-perlawanan yang mempunyai standard yang lebih tinggi.

4.2 Membolehkan pemantauan berkala terhadap prestasi semasa ahli kelab.

4.3 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan ahli untuk tindakan penambahbaikan.